9 September, 2009

Bayaran Bantuan Khas Kewangan Kepada Kakitangan Awam Dalam Kumpulan Sokongan


1. Kerajaan telah bersetuju untuk membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak lima ratus (RM500) ringgit kepada kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan. Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam Kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini. Bayaran khas kewangan ini akan dibuat dua kali iaitu RM250.00 sebelum hari raya Aidilfitri dan bakinya pada bulan Disember 2009.

2. Bayaran Bantuan Khas Kewangan ini akan memanfaatkan seramai 860,000 orang kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan. Implikasi kewangan kepada Kerajaan bagi bayaran ini adalah sebanyak RM430 juta.