15 March, 2016

Cuaca Panas Melampau dan Gelombang Haba


Saya memandang berat kesan dan akibat daripada cuaca panas melampau yang melanda negara sejak kebelakangan ini.

Ditambah kepada itu, gelombang haba atau heatwave yang berlaku juga boleh mendatangkan bahaya terutamanya kepada kanak-kanak dan golongan tua.

Kerajaan akan mengambil segala langkah berjaga-jaga yang perlu untuk menghadapi cuaca panas melampau ini. Pada masa sama, Kementerian Pendidikan juga akan memantau keadaan dari semasa ke semasa.

Sekiranya keadaan panas melampau berterusan selepas cuti sekolah minggu ini, pihak Kementerian Pendidikan akan memutuskan sama ada sekolah perlu ditutup untuk menjaga kesihatan para pelajar.

Buat masa kini, langkah sedia ada adalah memberi kuasa mengikut budi bicara pengetua serta guru besar untuk membatalkan aktiviti luar kelas jika keadaan memaksa.

Andai terdapat gejala-gejala penyakit berkaitan cuaca panas dan gelombang haba seperti sakit kepala, ekzema pada kaki, denyutan jantung yang cepat, ruam panas, kekejangan otot atau sakit badan, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital kerajaan berdekatan.

Selain itu, ambil langkah berjaga-jaga terhadap risiko kebakaran terutamanya di kawasan kering seperti padang permainan berdekatan rumah, ladang, belukar dan hutan. Kesihatan serta keselamatan perlu sentiasa kita utamakan.

gelombangpanas

Shares Share Kategori : Blog, Featured Articles