2 January, 2019

Dedahkan laporan feasibiliti ECRL


Ya, mungkin tidak ramai yang akan menggunakan laluan ECRL dan penggunanya kebanyakannya adalah “orang miskin” dan tidak membuat perniagaan yang besar seperti di laluan rel Pantai Barat, jadi kerajaan mungkin tidak akan mendapat pulangan yang besar seperti didakwa oleh kerajaan PH.

Ini mungkin. Bukan pasti.

Tetapi “orang miskin” ini dan Pantai Timur juga berhak menikmati sistem pengangkutan awam yang moden, selamat dan cepat.

Mereka juga berhak untuk diberi peluang untuk pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang ketara.

Tetapi PH tegas bahawa projek ECRL ini tidak menguntungkan.

Saya telah berulang kali menggesa mereka untuk mendedahkan laporan kebolehlaksanaan atau feasibiliti projek ECRL ini.

Selain hasil terus dari pengangkutan kargo dan penjualan tiket penumpang, apakah limpahan ekonomi, sumbangan kepada kenaikkan KDNK dan apakah hasil daripada projek pembangunan berasas pengangkutan (transport oriented development) kepada kawasan sekitar stesen-stesen di setiap negeri masing-masing.

Masih tidak dijawab juga.