25 December, 2018

Internet Tak Pernah Lupa


Saya terbaca komen dan perkongsian di media sosial yang masih menuduh kerajaan BN di bawah saya tidak pernah menurunkan harga petrol semasa harga minyak dunia rendah.

Nampaknya mereka masih cuba mempertahankan Menteri Kewangan PH.

Harga bulan ini.
RON95 – RM2.20
RON97 – RM2.50
Diesel – RM2.28

Sebagai satu contoh, berikut adalah harga petrol pada Mac 2016.

RON95 – RM1.60 (60 sen lebih murah)
RON97 – RM1.95 (55 sen lebih murah)
Diesel – RM1.35 (93 sen lebih murah)

Hanya dua tahun dahulu, adakah mereka yang menuduh saya ini sudah lupa ataupun sengaja nak teruskan fitnah ke atas saya? Mungkin sudah lupa akan dosa pahala agaknya.

Nasib baik, internet tak pernah lupa.

https://paultan.org/2016/02/29/harga-bahan-api-mac-2016-ron-95-kini-rm1-60-seliter-ron-97-rm1-95-seliter-dan-diesel-kekal-rm1-35-seliter/