29 October, 2015

Lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Dengkil


Kerajaan memandang berat perihal kebajikan para pelajar terutamanya pada peringkat awal pembelajaran. Para pelajar inilah yang akan menjadi pemimpin masa depan.

Tengah hari tadi saya berpeluang melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Dengkil untuk meninjau keadaan sekolah dan juga murid-murid di sini.

Setelah peninjauan, saya telah mengarahkan penambahbaikan berikut untuk SJKT Dengkil dilakukan dengan kadar segera:

– menangani masalah longkang terbuka
– membaik pulih sistem pendawaian
– membaik pulih makmal sains
– membaiki pagar di sekeliling sekolah
– membaiki kebocoran bumbung
– membaik pulih kantin dan pusat sumber

Selain itu, Kementerian Pendidikan turut akan melakukan audit dengan kerap bagi memastikan keadaan semua sekolah kerajaan, termasuk sekolah Tamil berada dalam keadaan selamat dan selesa untuk sesi pembelajaran.

Saya yakin dan percaya dengan langkah-langkah susulan yang kita akan ambil ini, dan dengan dedikasi bersungguh-sungguh tenaga pengajar di sini, prestasi sekolah ini akan terus bertambah lebih baik lagi pada masa-masa yang akan datang, Insya-Allah.

Ak0X0BDeJvzKTCSz9jpBYZcreYCuYxtccs2Oz4THSxdY
AmETOEp0QuXLXR1au8hVkQQ0skHs9ihT_tTn6xfIoPbA
Appk8KYVb6v3bC3ZtXGqbHmoL4MkQnwpWpf0hVYWZD_0