31 March, 2015

Majlis Pemimpin bersama rakyat di Rumah Panjang Henry Nuni, Sarawak


Alhamdulillah selamat sampai di Sarawak semalam. Saya sempat meluangkan masa untuk menghadiri Majlis Pemimpin bersama rakyat di Rumah Panjang Henry Nuni, di Sg Gelam, Sebauh

Sewaktu berada di sana, saya telah mengumumkan bahawa Kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM37 juta untuk diagihkan kepada 76,000 pekebun kecil getah yang terjejas akibat harga komoditi yang rendah di Sarawak. Setiap pekebun kecil getah akan menerima RM500 bagi meringankan beban mereka melalui skim ini yang akan diselaraskan oleh Kerajaan Persekutuan, menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

srwk twitter 2