2 August, 2016

Majlis Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ke-11


Petang semalam, saya bersama Presiden Jokowi telah mengadakan Majlis Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ke-11 di Istana Presiden di Jakarta.

Antara topik yang kami sentuh adalah mengenai isu perairan Sulawesi, keselamatan maritim selain isu berkaitan kebajikan dan perlindungan golongan TKI atau pekerja Indonesia di Malaysia.

malaysiaindonesia3
Kami turut berbincang mengenai usaha meningkatkan kerjasama ekonomi sehingga mencapai nilai dagangan dua hala AS$30 bilion dalam tahun-tahun akan datang, selain mempromosi pemasaran minyak sawit melalui penubuhan sekretariat Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit di Indonesia, serta banyak lagi.

malaysiaindonesia2

Secara keseluruhan, Alhamdulillah, rundingan telah berlangsung dengan lancar dan saya yakin ini seterusnya akan membawa kepada pengukuhan hubungan antara kedua-dua negara serumpun dan berjiran Malaysia dan Indonesia, Insya-Allah.

Shares Share Kategori : Blog, Featured Articles