27 October, 2014

Menziarahi Veteran UMNO Di Pekan


Semalam, saya berkesempatan menziarahi veteran-veteran UMNO di Pekan yang telah banyak berjasa. Datuk Seri Ghazali Kasim, mantan Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Pekan selama 14 tahun, nampak bersemangat meskipun menghidap penyakit Parkinson sejak 10 tahun lalu. Begitu juga dengan Datin Zamzam Abdul Samah, bekas Pengerusi Tetap Wanita UMNO Bahagian Pekan selama 19 tahun, yang kini sukar berjalan kerana masalah sakit tulang, pinggang dan lutut. Saya turut sempat bersembang dengan Abdul Rahman Ahmad, bekas Pengerusi Persatuan Bekas Tentera Bahagian Pekan dan juga kenalan lama saya di Peramu Jaya 3. Seronok dapat mengimbau kenangan waktu saya menetap di situ. Saya mendoakan supaya ketiga-tiga mereka dikurniakan kesihatan yang baik, Insya-Allah. (Kredit foto – Utusan)

1932425_10152363733570952_8736062910202724602_n

Shares Share Kategori : Blog, Komuniti