22 December, 2018

Pelabur asing dan tempatan tidak yakin


Mengapa saya kerap mengkritik pusingan-pusingan U kerajaan PH dan kenyataan menteri kewangan mengenai kedudukan ekonomi negara yang kurang tepat serta bermotif politik sekadar untuk memburukkan kerajaan BN dahulu?

Kerana pelabur-pelabur asing dan tempatan tidak akan yakin dan tidak akan melabur di Malaysia.

Amaran ini dari presiden Persatuan Pelabur Malaysia.

Presiden itu juga berkata pengumuman hutang negara RM1 trilion rekaan PH sendiri yang kurang tepat telah mengejutkan pelabur-pelabur asing dan ialah antara sebab mengapa pelaburan di Malaysia lembab kini.