24 March, 2015

Pelancaran Kira Detik Hari Sukan Negara 2015


Sebagaimana yang dibentangkan dalam Bajet 2015 pada tahun lepas, saya telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan mengambil langkah yang bersepadu ke arah mentransformasikan Malaysia kepada negara bersukan.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, petang tadi, saya telah melancarkan kira detik ke arah sambutan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober nanti yang akan menglibatkan sektor awam, swasta dan rakyat secara serentak di seluruh negara.

Kerajaan berhasrat untuk bukan sahaja menggalakkan budaya bersukan tetapi menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participation’ dalam aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan rakyat antara satu sama lain tanpa mengira umur, bangsa dan kepercayaan agama.

Oleh itu, Hari Sukan Negara ini akan terus disambut pada setiap Sabtu minggu kedua bulan Oktober pada tahun-tahun yang akan datang.

200 hari lagi ke Hari Sukan Negara. Kita bersukan bersama pada 10 Oktober!

IMG_9070

IMG_9071