29 December, 2018

Pengguna Tidak Mendapat Manfaat Daripada SST


SOALAN UPSR.

PH kata GST menaikkan harga jualan akhir kepada pengguna dan membebankan rakyat.

Oleh itu, mereka gantikan GST yang lebih telus dengan SST kononnya untuk mengurangkan harga jualan kepada pengguna.

PH juga kata hasil kutipan cukai kerajaan setiap tahun dari SST adalah lebih rendah dari GST.

Untuk 2018 sahaja, kerajaan hanya hanya kutip RM21 bilion dari SST berbanding RM44 bilion dari GST – iaitu jurang kutipan sebanyak RM23 bilion.

Jurang ini juga akan bertambah untuk tahun-tahun mendatang.

Tetapi apa yang kita tengok hari ini ialah harga jualan kepada pengguna tidak jatuh. Sebaliknya, banyak yang naik lagi.

Pengguna tidak mendapat manfaat dari SST. Rakyat lebih dibebankan.

Hasil kerajaan juga jauh berkurangan.

Oleh itu, bantuan dan projek mesra rakyat kerajaan dikurangkan atau dimansuhkan.

Jika bukan rakyat dan kerajaan yang dapat manfaat apabila SST ganti GST, pihak yang mana telah dan akan untung lagi dari kehilangan hasil cukai berpuluh bilion Ringgit setiap tahun?

Golongan yang mana?