26 August, 2015

Perbincangan Bersama GLC dan GLIC


Petang tadi, saya telah mengadakan perbincangan mengenai kedudukan ekonomi dan mata wang Ringgit bersama Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif dan pegawai kanan syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan iaitu KWAP, KWSP, Lembaga Tabung Haji, Petronas, Permodalan Nasional Berhad dan Khazanah.

Sebelum ini, saya juga telah bertemu dengan Ketua Ekonomi dan penganalisa kanan daripada institusi kewangan seperti JP Morgan, Standard Chartered, Credit Suisse, CIMB, RHB, Maybank, Bank Islam, MIER dan Malaysian Rating Corporation Berhad.

Kami sedar akan situasi semasa dan bersetuju bahawa asas ekonomi, the fundamentals, kekal kukuh dan jauh berbeza dengan krisis pada tahun 1997-98.

Beberapa langkah jangka masa pendek telah dicadangkan dalam sesi perjumpaan saya dengan mereka.

Perbincangan akan diteruskan dan cadangan-cadangan oleh pakar ekonomi serta tokoh korporat akan diperincikan oleh saya dan ahli-ahli Jawatankuasa Khas Ekonomi, yang baru sahaja diumumkan tadi, dalam masa terdekat.

Saya yakin dengan kepakaran dan kerjasama ahli-ahli dalam kedua-dua Majlis Ekonomi serta Jawatankuasa Khas Ekonomi akan dapat kita mengharungi cabaran ekonomi global pada ketika ini.