22 August, 2015

Persidangan UMNO Kuala Nerus


Saya merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus.

Saya lihat kehadiran seramai 5,000 anggota UMNO tadi menunjukkan bahawa semangat gelombang biru yang bermula di Terengganu adalah kuat.

Kekuatan dan kejayaan UMNO pada hari ini boleh dijelaskan dengan formula 5K iaitu

(i) Khianat: Jangan sesekali mengkhianati parti jika mahu parti menang selesa pada PRU yang akan datang;

(ii) Kapal: Amatlah penting anggota parti tidak bersikap mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menebuk kapal sendiri UMNO. Perbezaan pendapat itu pasti ada tapi kita harus jaga adab, jangan sampai mengaibkan orang lain;

(iii) Kerja kuat: Ahli-ahli UMNO perlu berusaha dan bergerak sebagai satu pasukan

(iv) Kerjasama: Pastikan jalinan hubungan yang erat antara kerajaan pusat dan negeri

(v) Kompetensi: Ini khusus kepada mereka yang mahu diletakkan sebagai calon parti kita. Jika nak ketengahkan calon, mestilah daripada kalangan yang ada kompetensi dan kebolahan.

Inilah formula 5K yang harus diamalkan. Janganlah kita mengkhianatinya.

Kuatkan iltizam dan semangat, wahai ahli-ahli UMNO dan kekal berjuang dalam parti kita walau dalam apa jua keadaan.

Avu0GI5z5k3sRvojPqERAErxU_5prPhuWaMLbC8P1XQu