21 February, 2016

Pertumbuhan KDNK pada 2015


Alhamdulillah, Malaysia telah mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 5 peratus untuk tahun 2015 walaupun berdepan dengan keadaan ekonomi yang mencabar dan tidak menentu.

Pencapaian ekonomi Malaysia ini meletakkan kita di antara yang terbaik di rantau ASEAN.

Namun demikian, kita tidak harus leka tetapi sebaliknya perlu terus mengambil langkah proaktif untuk menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat agar tiada yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Saya yakin kita akan dapat mengharungi cabaran ekonomi global dan memastikan ekonomi Malaysia kekal kukuh dan stabil pada landasan yang tepat, Insya-Allah.