30 January, 2018

Perutusan Perdana Menteri Bersempena Sambutan Thaipusam 2018


Malaysia cukup bertuah dirahmati dengan kepelbagaian kaum, agama serta budaya, menjadikan kita rakyat Malaysia cukup unik dan dapat mengamalkan kepercayaan masing-masing dalam keadaan yang aman dan harmoni.

Marilah kita bersama-sama menghayati semangat sambutan Thaipusam bersama keluarga, sahabat handai dan kenalan yang beragama Hindu.

Harapan saya adalah ia akan terus menjadi lambang semangat Negaraku serta sumber inspirasi untuk kita semua agar terus hidup dalam keamanan, perpaduan dan kestabilan serta bersama-sama menuju masa hadapan yang lebih gemilang.

Semoga semua masyarakat Hindu di Malaysia menyambut Thaipusam dengan penuh makna pada tahun ini.

Selamat Menyambut Thaipusam!

Shares Share Kategori : Blog, Official Addresses