2 January, 2019

Propaganda ‘Malaysia akan jadi seperti Sri Lanka’


Antara propaganda PH yang saya paling hairan mengapa ramai boleh percaya ialah propaganda bahawa projek ECRL akan menyebabkan Malaysia tergadai atau terpaksa pajak tanah kita kepada China seperti Sri Lanka.

Harga ECRL ialah RM55 bilion tetapi PH dakwa harga sebenar ECRL kini ialah RM81 bilion.

Jika mereka dengan senang-sengan boleh jarah RM82 bilion dari Petronas untuk tahun lepas dan tahun ini, kos RM55 atau RM81 bilion ECRL sudah tentu boleh dibayar sekaligus.

Tidak kira dana-dana yang lain, rizab wang tunai Petronas pun sudah mencecah RM170 bilion sebelum PRU14.

Kalau PH sanggup hilang hasil RM40 bilion dari langkah memansuhkan GST dan beri pelepasan 3 bulan tanpa cukai untuk tahun ini.

PH juga sanggup hilang hasil sekurang-kurangnya RM25 bilion setiap tahun akibat ganti GST dengan SST.

Tentu kos ECRL dengan mudah dapat dibayar sepenuhnya dalam masa 3 atau 4 tahun sahaja hanya dari perbezaan hasil GST dengan SST?

Selain itu, banyak lagi rizab dan dana kerajaan beratus bilion seperti di Khazanah dan BNM.

Amat susah bagi saya untuk percaya mengapa ramai rakyat Malaysia boleh diperdaya dan percaya propaganda PH bahawa Malaysia akan menjadi Sri Lanka kerana projek ECRL.

Itu Sri Lanka, ini Malaysia.