16 December, 2018

Siapa sebenarnya yang jual aset negara


Saya dihantar gambar ini yang merupakan petikan-petikan laporan media dari tempoh 1-2 bulan yang lalu.

Rakan yang hantar ini sering membaca hantaran saya di FB.

Dia tanya saya siapa sebenarnya yang jual aset negara? PH atau BN?

Saya jawab bahawa cara penyelesaian PH untuk semua masalah hanya satu: Jual.

Rakan menjawab: Oh, macam Lazada atau Shopee, ye?

(Gambar ini tidak termasuk rancangan kerajaan PH untuk menjual 25% saham Petronas dengan cara penyenaraian Petronas di Bursa Malaysia yang kerajaan PH mengesahkan bulan lepas ianya masih di dalam perbincangan)

1. Hutang kerajaan yang tiba-tiba dinaikkan oleh PH untuk menjadi RM1 trilion ialah alasan terbaik untuk jual aset walaupun semua laporan-laporan rasmi kerajaan masih mengesahkan hutang rasmi ialah RM686 bilion atau 50.7% dari KDNK pada akhir tahun 2017.

2. Kehilangan hasil sebanyak RM40 bilion untuk tahun ini akibat GST diganti dengan SST dan tempoh bebas cukai 3 bulan telah memberi tekanan hebat kepada kerajaan PH.

3. Pertumbuhan KDNK yang semakin menurun selepas PRU14 juga memberi tekanan hasil berkurangan kepada kerajaan PH.

4. Masalah utama FELDA dan FELCRA kini ialah harga sawit yang amat rendah selepas kejatuhan harga berterusan selepas PRU14 – hampir dengan kos pengeluaran ataupun ada masa ianya di bawah kos pengeluaran.

5. Harga saham untuk kebanyakkan pelaburan GLC-GLC ini di Bursa Malayia telah jatuh dengan teruk selepas PRU14. Oleh itu, GLC-GLC ini menerima tekanan untuk mencairkan aset bagi menampung keperluan aliran tunai mereka.