1 November, 2008

Terima Kasih


Assalamu’alaikum.

Saya bersyukur dan terharu di atas kepercayaan yang telah diterjemahkan dalam bentuk pencalonan oleh 134 bahagian yang telah bersidang, sekaligus menandakan kemenangan tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. Saya percaya pencalonan ini mencerminkan kehendak dan keyakinan akar umbi terhadap pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui bersama YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Saya berazam untuk menggalas amanah dan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin bagi menangani segala cabaran yang sedang dihadapi oleh UMNO dan BN. Saya berharap agar proses pemilihan yang sedang berlaku sekarang ini dapat terus berjalan dengan bersih dan teratur. Marilah kita bermuafakat dan bekerjasama untuk membawa obor perjuangan murni agama, bangsa dan Negara.