9 September, 2011

Laporan Kemajuan Terkini Program Transformasi Ekonomi


Sebelas bulan telah berlalu sejak saya melancarkan Program Transformasi Ekonomi pada 25 Oktober 2010. Bagi separuh pertama tahun ini, Malaysia telah mencapai pelaburan FDI sebanyak RM21.3 bilion. Ini merupakan lonjakan setinggi 76 peratus dalam FDI berbanding RM12.1 bilion pada tempoh yang sama tahun lepas.

Ini jelas menunjukkan bahawa pelabur asing kian melihat kelebihan yang ditawarkan Malaysia. Sepertimana yang dilaporkan oleh World Economic Forum dalam Global Competitiveness Report, Malaysia telah menunjukkan kemajuan dari segi pencapaian ekonomi dan peningkatan persepsi positif daripada para responden. Di antara 142 negara yang ditinjau, kita telah maju 5 langkah ke posisi 21 dari 26 tahun lepas. Turut menggalakkan ialah ekonomi Malaysia kini mendapat tempat kedua di ASEAN, dan keenam di Asia Pasifik. Read More…