31 January, 2012

Perutusan Hari Wilayah 2012 YAB Perdana Menteri


Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan kepada semua warga Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Sesungguhnya Kuala Lumpur sebagai Ibu Negara dan pusat komersial, Labuan sebagai pusat kewangan antarabangsa dan Putrajaya  sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan  adalah nadi penting kepada negara.

Wilayah Persekutuan merupakan cerminan wajah Malaysia kepada dunia, ia membentuk tanggapan pertama para pelawat, pelancong dan pelabur yang datang. Maka sebagai “showcase” negara  ia harus menjadi perlambangan yang terbaik kepada kepakaran perancangan dan pelaksanaan pembangunan yang ada di Malaysia.

Kita tidak mahu Wilayah Persekutuan dikenali semata-mata melalui menara pencakar langit dan segala gejala negatif yang dikaitkan dengan urbanisasi sebaliknya kita mengimpikan Wilayah Persekutuan yang hijau, ceria dan dengan alam sekitar yang sihat. Wilayah Persekutuan yang bugar sebagai pusat ilmu, kebudayaan, kesenian, fesyen dan kulinari.

Marilah kita jadikan impian kita ini suatu realiti. Marilah kita jadikan Wilayah Persekutuan sebagai tempat terbaik untuk anak-anak  kita, untuk keluarga kita.  Bagi menggarap masa depan tersebut warga Wilayah Persekutuan perlu berganding  bahu  bersama –sama bergerak ke arah apa yang direncanakan.

Shares Share Kategori : Official Addresses