25 August, 2010

Bayaran Bantuan Khas Kewangan Kepada Kakitangan Awam Dan Pesara Kerajaan


1.     Kerajaan telah bersetuju untuk membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak lima ratus ringgit (RM500) kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara Kerajaan. Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Bayaran Bantuan Khas Kewangan ini akan dibuat sebelum 1 Syawal.
2.     Bayaran Bantuan Khas Kewangan ini akan memanfaatkan seramai 1.24 juta orang kakitangan awam Persekutuan dan 590,000 pesara Kerajaan. Bayaran ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara Kerajaan.
Shares Share Kategori : Press Statement