14 October, 2011

Kenyataan Media Pelantikan SPB Yang di-Pertuan Agong


Majlis Raja-Raja dalam Mesyuaratnya Yang Ke-226 (Khas) hari ini bersetuju mengisytiharkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dipilih menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia untuk tempoh selama lima tahun bermula dari 13 Disember 2011.
Pemilihan ini dilakukan mengikut peruntukan Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.
Majlis juga bersetuju mengisytiharkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia untuk tempoh yang sama.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-226 (Khas) telah diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja kecuali Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.  Mesyuarat Majlis telah dipengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Shares Share Kategori : Press Statement