7 June, 2010

Pelantikan Pengerusi Dan Anggota SUHAKAM


Adalah  dimaklumkan  bahawa  menurut  subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597], Seri  Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berikut untuk tempoh 3 tahun, iaitu:
(i)     YBhg. Tan Sri Hasmy Agam;
(ii)    Encik Muhammad Sha’ani bin Abdullah;
(iii) YBhg. Profesor Datuk Dr. Khaw Lake Tee;
(iv) Encik James Deva Nayagam;
(v)   YBhg. Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Hj. A. Majid;
(vi) Puan Jannie Lasimbang; dan
(vii)Encik Detta anak Samen.
2.    Selaras dengan subseksyen 6(1) Akta 597, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan YBhg. Tan Sri Hasmy Agam dilantik sebagai Pengerusi SUHAKAM.
3.    Pelantikan ini adalah berkuat kuasa mulai 26 April 2010.
Dato’ Sri Mohd Najib
04 Jun 2010
Shares Share Kategori : Press Statement