12 January, 2012

Semakan Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam


1. Jemaah Menteri pada Rabu, 11 Januari 2012 memutuskan supaya pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) disemak semula.
2. Semakan ini bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan SBPA. Setelah semakan semula tersebut dimuktamadkan, SBPA akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan.
3. Semakan SBPA ini dibuat setelah berbincang dengan pihak CUEPACS.
4. YBhg. Ketua Setiausaha Negara telah diminta menentukan mekanisme semakan semula yang akan dijalankan itu dan adalah diharapkan semakan semula itu akan dapat diterima oleh semua pihak. Satu kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
5. Semakan semula ini tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun mulai 1 Januari 2012 dan oleh yang demikian ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2012.
Shares Share Kategori : Press Statement