11 March, 2012

Majlis Pelancaran Volkswagen Passat Pemasangan Tempatan (CKD)


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Pagi dan Salam Satu Malaysia.

Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob;

Menteri Besar Pahang,

Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Wan Mohamad Razali bin Haji Wan Mahussin;

Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri,

Yang Berhormat Dato’ Sri Muhammad Safian bin Ismail;

Setiausaha Kerajaan Pahang,

Yang Berbahagia Dato’ Noharuddin Nordin;

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA,

Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang,

Yang Hormat Dato’ Mohd Fadzli bin Mohd Kenali;

Pegawai Daerah Pekan,

Yang Berbahagia Dato’ Syed Mohamad Syed Murtaza;

Pengerusi, DRB-HICOM Berhad,

Yang Berbahagia Dato’ Sri Haji Mohd Khamil Jamil;

Pengarah Urusan Kumpulan, DRB-HICOM Berhad,

Dr. Christof Spathelf;

Ketua Perkilangan Luar Negara Kumpulan Volkswagen AG,

Mr Wei Ming Soh;

Ahli Lembaga Pengurusan Kumpulan Volkswagen China/

Ketua Operasi Komersial China/ASEAN,

Ahli-Ahli Lembaga Pengarah DRB-Hicom Berhad,

Dif-dif Kehormat,

Seluruh Warga DRB-Hicom,

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian,

    1. Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin dan kurnia-Nya maka kita dapat bersama-sama hadir di Majlis Pelancaran Volkswagen Passat Pemasangan Tempatan (CKD) pada pagi yang amat bermakna ini.
    2. Lebih dari setahun yang lalu, kita telah menyaksikan satu majlis pemeteraian perjanjian kerjasama dan lesen antara DRB-HICOM Berhad dan Volkswagen AG. Hari ini, saya berasa teruja untuk turut menyaksikan kerjasama yang terjalin hasil dari pemeteraian itu di antara DRB-HICOM Berhad dan Volkswagen AG, yang telah berjaya membuahkan hasil dengan pengeluaran Volkswagen Passat pemasangan tempatan.
    3. Majlis pelancaran pada hari ini melakar satu lagi sejarah penting di dalam industri automotif negara. Saya berharap ia akan menjadi  satu contoh sebagai tanda perkongsian berjaya oleh sebuah syarikat tempatan dengan sebuah syarikat gergasi global yang tidak hanya memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat, malah akan membantu mengangkat industri automotif tempatan ke tahap yang lebih tinggi, selaras dengan usaha Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang menerajui hab automotif serantau.
    4. Saya dimaklumkan bahawa sejumlah 300 unit Volkswagen Passat pemasangan tempatan (CKD) telah dipasang di Kompleks Automotif DRB-HICOM di Pekan. Volkswagen Passat yang dipasang di sini adalah mengikut standard kualiti yang ketat yang ditetapkan oleh DRB-HICOM dan Volkswagen. Saya turut dimaklumkan bahawa beberapa model Volkswagen yang lain juga akan dipasang di sini seperti Polo dan Jetta di dalam masa yang terdekat. Saya harap ia akan direalisasikan.
    5. Projek dan kolaborasi mega ini secara langsung dan tidak langsung mendatangkan pelbagai manfaat kepada kita. Pelaksanaan projek ini akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan akan menyumbang ke arah peningkatan pendapatan bagi warga tempatan, khususnya bagi warga Pekan. Saya yakin pelbagai usahasama yang dijalinkan oleh DRB-HICOM akan dapat menyokong usaha Kerajaan mentransformasikan Pekan menjadi sebuah hub automotif yang terkenal di mata dunia terutama sekali bagi kerja pemasangan kereta, pembuatan dan komponen automotif, serta aktiviti Penyelidikan & Pembangunan (R & D) automotif.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

    1. Sebagaimana yang telah diumumkan Kerajaan, Pekan juga sedang dibangunkan bagi menjadi sebahagian daripada kelompok bandar yang merangkumi Kuantan, Gambang, Gebeng dan telah dikenalpasti sebagai kawasan pertumbuhan yang utama, yang akan mengikut jejak langkah pengelompokan bandar-bandar utama terkenal seperti di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
    2. Setakat ini, Kerajaan telah membuat pelbagai pelaburan ke arah mempertingkatkan kemudahan infrastruktur dan menggiatkan promosi untuk menarik lebih banyak pelaburan ke Pekan.  Taman Automotif Pekan misalnya, akan menjadi pemangkin dalam usaha Kerajaan untuk menarik pelaburan yang disasarkan sebanyak RM4.5 bilion sepanjang tiga peringkat pelaksanaannya. Ianya dijangka mewujudkan sejumlah 10,580 peluang pekerjaan dan akan  menyumbang RM12 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (GNI) menjelang 2015.
    3. Di samping itu, projek-projek mega seperti yang diterajui dan dipimpin oleh DRB-HICOM turut mendokong dan melengkapkan usaha Kerajaan ke arah membangunkan negara. Di Pekan khususnya, kita boleh melihat dengan jelas transformasi berlandaskan pembangunan yang saya sifatkan sebagai luar biasa pencapaiannya. Kini, kita dapat bersama-sama menikmati pelbagai kemudahan infrastruktur seperti rangkaian jalanraya yang baik,  jaringan perhubungan yang lengkap dan moden termasuk jalur lebar, pusat pengajian pelbagai peringkat seperti sekolah dan insitusi pendidikan tinggi seperti Universiti Malaysia Pahang Kampus Pekan, kemudahan penjagaan kesihatan yang baik, dan pelbagai kemudahan lain seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, semuanya untuk keselesaan rakyat.
    4. Saya turut berbesar hati atas pelbagai usaha tanggungjawab korporat turut dilaksanakan oleh DRB-HICOM khususnya di Pekan ini.  Di samping pelbagai aktiviti kemasyarakatan, pihak DRB-HICOM juga telah menubuhkan Kolej Automotif Antarabangsa (ICAM) yang terbuka kepada bukan sahaja penduduk setempat dan seluruh rakyat malaysia tetapi juga kepada pelajar antarabangsa. ICAM menyediakan pendidikan yang akan melahirkan warga kerja pakar dalam bidang automotif.

Ladies and Gentlemen,

    1. The entry of renowned global auto players such as Volkswagen is an indication of the growing confidence in our economy. The investor-friendly policies and related initiatives that we have implemented over the years have put us on the right track and testimony to this is the RM32.9 billion Foreign Direct Investment (FDI) Malaysia managed to attract last year, the highest ever FDI for the country, thus far.
    2. Under the National Automotive Policy (NAP), the Government has provided various incentives to attract investments from first-tier parts manufacturers and successful foreign auto manufacturers to move their operations to Malaysia.
    3. We are looking at investments not only in facilities but also in innovation-driven technologies and human capital development.  In attracting investments, we place utmost priority in projects that allow for the actual transfer of technology and create win-win situations for the parties involved.
    4. The task of developing the automotive industry is not the Government’s responsibility alone.   To achieve this national vision, the role of the private sector is equally crucial. The collaboration between DRB-HICOM and Volkswagen AG is a perfect example of how a private sector driven initiative, with the strong support of the Government, can contribute towards realising Malaysia’s aspirations of becoming a regional automotive hub.

Ladies and Gentlemen

    1. DRB-HICOM’s education arm completes its automotive value chain. The Group’s International College of Automotive (ICAM) is positioned to generate qualified and knowledgeable workforce. Nothing is more crucial to an industry other than to have and keep producing the right talents, especially as Malaysia strives towards becoming a high-income Nation by the year 2020. I would like to express my confidence that this collaboration will play a prominent role in developing local automotive talents.
    2. Liberalisation of the auto industry would open up a vast array of opportunities that will impact the industry, economy and the people. In view of this, the local industry players would need to be more innovative and competitive. Among the initiatives towards this is the localization programme that is also aimed at producing a pool of highly-skilled local vendors to serve not just the local market but also the regional as well as global markets.
    3. In relation to this, I am happy to note that DRB-HICOM and VW are looking to localize 40% of the automotive components in a move to support the Government’s localisation programme. To achieve this, I understand that both parties will also be developing a vendorship programme.  I would like to express our confidence that the various initiatives under this collaboration would produce the desired synergies for both partners.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

  1. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada DRB-Hicom dan Volkwagen. Saya ingin melihat lebih banyak model Volkswagen akan dipasang di kilang ini dan seterusnya mentransformasikan Malaysia menjadi hab automotif di Asia, InsyaAllah.

Dengan lafaz Bismilllahirrahmanirrahim, sukacita saya melancarkan Volkswagen Passat Pemasangan Tempatan (CKD).

Sekian, terima kasih.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Shares Share Kategori : Speeches