6 Februari, 2015

Ucapan Perdana Menteri Mengenai Isu Harga Barang


[soundcloud url=”https://w.soundcloud.com/tracks/189714612″ params=”color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak berbicara mengenai isu harga barang dan kuasa pengguna.

Transkrip

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Saya ingin tegaskan di sini bahawa isu berkenaan penurunan harga barang ini tiada kaitan sama sekali dengan bangsa seseorang peniaga.

Sebaliknya semua peniaga tanpa mengira bangsa perlu bersikap adil terhadap pengguna dengan menurunkan harga barang seiring dengan pengurangan kos kesan daripada penurunan harga minyak.

Untuk makluman semua, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah pun ditugaskan untuk melakukan pemantauan dengan lebih kerap di seluruh negara bagi memastikan peniaga dan pemborong tidak menaikkan harga barang dengan sesuka hati.

Pada masa yang sama, kita juga boleh menggunakan kuasa sebagai pengguna dengan tidak membeli barangan dari peniaga yang menjual dengan harga yang tidak berpatutan.

Kesannya, peniaga seperti ini akan terpaksa menurunkan harga barang sejajar dengan kos.

Sekian sahaja dari saya,

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh