17 Disember, 2014

BR1M Bantu Golongan Yang Memerlukan


Dalam Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat, isu kos sara hidup adalah antara perkara utama yang menjadi tumpuan dan perhatian rakyat. Kerajaan sedar akan perkara ini, dan antara langkah yang diambil untuk menanganinya adalah meneruskan serta menambahbaik pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Seperti tahun-tahun sebelumnya, BR1M akan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah yang layak dan memerlukan bantuan. Namun, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, serta mengambil kira peningkatan hasil GST dan kemampuan fiskal kerajaan, jumlah BR1M 2015 serta had pendapatan layak akan ditingkatkan, seperti mana tertera di bawah.

BR1M poster 1

Anda juga boleh merujuk kepada poster di bawah untuk menyemak status kelayakan anda bagi BR1M 2015.

BR1M POSTER 2

Selain itu, untuk kelangsungan BR1M dan memastikan ia dapat memanfaatkan penerima dengan lebih berkesan, pembayaran BR1M kepada penerima tertentu akan dilakukan secara berperingkat.

BR1m poster 3

Permohonan bagi BR1M 2015 dibuka bermula 1 Disember 2015 dan akan disimpulkan pada 31 Disember 2015. Sekiranya anda belum pernah memohon, anda disarankan melakukan permohonan secepat mungkin, manakala bagi penerima lama, sila kemaskini maklumat anda seperti akaun bank dan lain-lain. Kunjungi laman rasmi kerajaan https://ebr1m.hasil.gov.my untuk memohon, mengemaskini atau mendapatkan maklumat lanjut.

Admin

Shares Share Kategori : Blog, BR1M