30 Julai, 2018

Jangan kaitkan Islam dengan kleptokrasi


Selepas membuat kenyataan bahawa jika BN menang di PRK Sungai Kandis maka Islam bersamaan dengan kleptokrasi, kenyataan Lim Kit Siang hari ini mengaku sesiapa yang mengaitkan Islam dengan kleptokrasi termasuk dia sendiri patut memohon maaf.

Tetapi peliknya ialah walaupun beliau kata ianya salah, Lim Kit Siang kini mahu menganjurkan debat umum dengan tajuk “Islam bukan kleptokrasi”.

Kit Siang tiada hak untuk membuktikan Agama Islam atau mana-mana agama ialah atau bukan kleptokrasi.

Sudah-sudahlah Kit Siang. Hentikanlah memainkan atau mahu memburukkan mana-mana agama terutama Islam demi nafsu politik anda.

Agak menarik sebenarnya, biarpun bulan Julai belum sampai ke penghujung, Kit Siang sudah mengeluarkan 26 kenyataan dalam bulan ini sahaja untuk menyerang saya. Dia patut hentikan obsesi terhadap saya. Saya bukan lagi Perdana Menteri ataupun presiden BN.

Nasihat saya, lebih baik anda menumpukan perhatian bagi menjelaskan mengapa masih banyak janji-janji manifesto PRU14 tidak ditunaikan dan beri alasan yang munasabah mengapa rakyat tidak perlu rasa ditipu memandangkan hanya 20 hari lagi sebelum genap 100 hari.

Selain itu, Kit Siang sepatutnya menganjurkan debat dengan tajuk Kerajaan Pakatan Harapan dan janji manis atau Adakah Rakyat Ditipu Dengan Manifesto Pakatan.