24 November, 2014

Majlis Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan


Saya telah menghadiri Majlis Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra sebentar tadi. Dalam ucapan saya, saya telah menyeru supaya kepimpinan UMNO di bandar perlu mempunyai pengetahuan, kemajuan, dan juga mesra kepada anak muda bagi memperkukuh sokongan dan kepercayaan ahli di semua peringkat. Inilah konsep politik “K” yang memberi tekanan terhadap pengetahuan (knowledge) serta kemahiran, dan turut merupakan realiti yang perlu diterima memandangkan tumpuan golongan intelektual dan terpelajar di bandar.

Selain daripada politik ‘K’, pucuk pimpinan UMNO bandar juga perlu menguasai politik ‘Y’ dan fokus terhadap usaha mendekati dan memberi tumpuan kepada pembangunan generasi muda, iaitu Gen-Y. Gen-Y inilah penentu kepada hala tuju parti dan masa depan negara. Bukan saja dekati, saya turut meminta supaya permudahkan urusan pendaftaran keahlian mereka. Peluang mesti diberi kepada orang muda dan UMNO mesti dilihat mudah, progresif dan dinamik.

10676395_10152408870545952_4677357573577115877_n

Shares Share Kategori : Blog, Politics