14 November, 2014

Majlis Perasmian Konvensyen UMNO Johor


Saya berbesar hati dapat turun ke selatan tanah air untuk merasmikan Majlis Konvensyen UMNO Johor hari ini. Pada kesempatan sama, saya juga telah menggariskan 3 langkah pendekatan utama untuk kelangsungan serta memastikan UMNO dan Barisan Nasional kekal memegang tampuk pemerintahan negara. Langkah-langkah ini termasuk mengutamakan ahli yang berupaya melahirkan idea yang bernas dan unggul, mahir dan berjaya dalam berkomunikasi, serta memastikan UMNO terbuka secara inklusif agar tidak meminggirkan bakat-bakat baru.

Alhamdulillah, saya lihat para perwakilan UMNO Johor begitu bersemangat untuk meneruskan perjuangan parti demi kebaikan negeri dan juga negara secara keseluruhannya. Insya-Allah, sekiranya semua mengambil pendekatan berjuang demi masa depan parti dan meminggirkan kepentingan individu, UMNO Johor akan kembali menjadi tugu kuat UMNO, sesuai dengan status Johor sebagai tempat kelahiran UMNO sendiri.

image1

Shares Share Kategori : Blog, Politics