9 Januari, 2015

Pelancaran pasukan Misi Bantuan Perubatan dan Kemanusiaan banjir oleh Institut Jantung Negara (IJN)


Petang semalam saya berkesempatan melancarkan pasukan Misi Bantuan Perubatan dan Kemanusiaan Institut Jantung Negara (IJN) yang akan berlepas ke kawasan kampung dan pedalaman sekitar Manek Urai untuk membantu mangsa-mangsa banjir di sana. Saya difahamkan bahawa 3 pasukan perubatan melibatkan 2 orang doktor dan 20 jururawat serta pekerja bantuan lain akan membantu penduduk kawasan tersebut – terutamanya dari segi perubatan – selama 2 hari. Semoga kunjungan mereka akan dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir, dan semoga usaha ikhlas pasukan dari IJN ini mendapat balasan pahala daripada Allah S.W.T.

Pelancaran pasukan Misi Bantuan Perubatan dan Kemanusiaan banjir oleh Institut Jantung Negara (IJN) 1

Pelancaran pasukan Misi Bantuan Perubatan dan Kemanusiaan banjir oleh Institut Jantung Negara (IJN) 2