18 Disember, 2014

Pelancaran Portal Keahlian UMNO Online


Seperti dalam ucapan saya ketika perasmian dan juga penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang lalu, peremajaan parti atau JIL-UMNO adalah antara agenda yang saya akui menjadi topik perbincangan utama para perwakilan. Selaras dengan itu, saya hari ini melancarkan sistem pendaftaran Keahlian Online UMNO sesuai dengan agenda peremajaan parti.

Sistem pendaftaran atas talian ini dapat membantu mengurangkan karenah birokrasi serta memudahkan proses kemasukan ahli dengan pantas dan berkesan. Keahlian dapat disahkan dalam masa 24 jam seandainya maklumat yang diberikan adalah betul dan tepat. Selain itu, sistem ini juga selaras dengan perkembangan teknologi semasa dan juga untuk anak-anak yang belajar di luar negara yang kini dengan mudah boleh mendaftar sebagai ahli UMNO.

FACEBOOK UMNO

Shares Share Kategori : Blog, Politics