29 Julai, 2016

Pelantikan Bendahari UMNO dan Isu Keselamatan Negara


Sukacita saya umumkan bahawa dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang saya pengerusikan pada petang semalam, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak telah dilantik sebagai Bendahari UMNO bagi mengisi kekosongan jawatan selepas perletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

 

Perbincangan turut menyentuh soal keselamatan negara. Majlis Tertinggi maklum akan kejadian serangan yang berlaku hampir setiap hari di negara-negara dunia oleh mereka yang berselindung di sebalik nama Islam. Malaysia juga tidak terkecuali daripada serangan ini apabila berlakunya kes pengeboman di pusat hiburan Movida baru-baru ini.

 

Oleh itu, keselamatan negara merupakan keutamaan dan diberi perhatian serius oleh Kerajaan. Langkah dan prosedur keselamatan juga dikaji semula bagi memastikan kita bersiap sedia dalam apa jua kemungkinan yang boleh berlaku. Saya berharap rakyat dapat memberi kerjasama dengan kerajaan dan anggota keselamatan dalam usaha mengawal dan meningkatkan keselamatan negara.

Shares Share Kategori : Blog, Featured Articles