19 Disember, 2014

Penyerahan Kunci Projek Pembangunan Semula Bandar Salak Perdana, Sepang


Pada majlis penyerahan kunci projek pembangunan semula Bandar Salak Perdana di Sepang semalam, saya menyerahkan kunci secara simbolik kepada lima pembeli rumah di Bandar Salak Perdana – sebuah projek perumahan yang sebelum ini terbengkalai selama dua belas tahun.

Intervensi kerajaan dalam memulihkan projek perumahan terbengkalai adalah adalah salah satu usaha kerajaan dalam mencapai sasaran satu juta rumah mampu milik dalam masa lima tahun, selaras dengan matlamat kerajaan memperjuangkan dan mendahulukan kepentingan rakyat.

Alhamdulillah, sehingga kini, sebanyak 74% atau 159 projek perumahan swasta terbengkalai di seluruh negara telah berjaya disiapkan. Malah 23 lagi projek sedang dalam pembinaan manakala 33 projek lagi dalam perancangan awal pemulihan.

Usaha Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dalam menyelamatkan rumah terbengkalai adalah atas arahan kerajaan dan sebuah langkah tambahan istimewa yang dilakukan oleh kerajaan.

penyerahan kunci projek pembangunan semula Bandar Salak Perdana 2

penyerahan kunci projek pembangunan semula Bandar Salak Perdana 1

penyerahan kunci projek pembangunan semula Bandar Salak Perdana 3

Shares Share Kategori : Blog, Housing