9 Januari, 2015

Perasmian Menara Razak Universiti Teknologi Malaysia (UTM)


Semasa saya merasmikan Menara Razak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta melancarkan Buku Projek Pembangunan UTM di bawah Rancangan Malaysia ke-9 petang semalam, saya telah menyatakan bahawa salah satu perkara penting yang dibincangkan dalam kabinet mengenai isu bencana banjir adalah kepentingan mendapatkan maklumbalas serta idea daripada golongan pakar dalam pengurusan pengairan, alam sekitar dan sebagainya.

Oleh demikian, saya mahu agar semua universiti tempatan memberikan input kepada kerajaan dalam merangka dan mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah banjir serta melakukan persediaan awal untuk masa akan datang.

Selain itu, kita juga perlu memastikan pelaksanaan pembangunan yang mapan dan terkawal, seperti pemantauan penebangan pokok serta pembukaan tanah agar alam semula jadi dapat dipelihara agar ia tidak menjadi penyumbang kepada bencana semula jadi seperti banjir dan tanah runtuh.

Perasmian Menara Razak Universiti Teknologi Malaysia (UTM)  1

Perasmian Menara Razak Universiti Teknologi Malaysia (UTM)  2