13 Januari, 2015

Perasmian Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia


Perasmian Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia

Bagi memberi kemudahan penginapan dan keselesaan kepada pegawai ATM, kerajaan telah mengambil inisiatif menggantikan bangunan Wisma Perwira Kementerian Pertahanan dengan bangunan baru Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia. Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk merasmikan bangunan baru tersebut, semoga bangunan ini akan memberikan keselesaan kepada anggota tentera, selain sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan negara.