14 September, 2014

Perhimpunan Agung Keenam Parti Makkal Sakti Malaysia


Kepentingan masyarakat India di Malaysia amat kerajaan titikberatkan, samada dari segi pendidikan, ekonomi mahupun agama. Di Perhimpunan Agung Keenam Parti Makkal Sakti Malaysia yang saya rasmikan pagi tadi, saya mengulangi semula bahawa komitmen kerajaan kepada masyarakat India tidak berbelah bahagi. Walaupun Parti Makkal Sakti bukanlah secara rasmi sebahagian daripada Barisan Nasional, saya amat berterima kasih akan sokongan padu mereka dan akan berusaha memastikan permintaan serta keperluan mereka terjaga.

Shares Share Kategori : Blog, Politics