31 , 2017

Persidangan UMNO Cawangan dan Bahagian


Dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC Jumaat lalu, kami telah menetapkan tarikh persidangan UMNO cawangan dan bahagian pada tahun ini dibuat lebih awal.

Tarikh persidangan UMNO cawangan ditetapkan di antara 17 Mac hingga 30 April, manakala persidangan bahagian di antara 7 Julai hingga 26 Ogos.

Saya jelaskan kita tidak harus membuat andaian dan spekulasi bahawa tarikh awal persidangan tahun ini merupakan petunjuk kepada Pilihan Raya Umum ke-14.

Tiada yang luar biasa bagi persidangan tahunan diadakan pada awal tahun mahupun akhir tahun. Kita awalkan tarikhnya kerana tahun ini terdapat banyak acara seperti temasya Sukan SEA dan sambutan perayaan Aidilfitri yang dijangka pada bulan Jun, Insya-Allah.

Walau bagaimanapun, saya mahu semua jentera UMNO dan Barisan Nasional agar tidak leka atau ambil mudah kerja kita. 

Kita perlu sentiasa fokus kepada penyampaian, tunaikan janji kita, luangkan masa bertemu dan dengar denyut nadi rakyat, apa hasrat dan keperluan mereka.

Saya harap bahagian atau cawangan UMNO akan meningkatkan lagi gerak kerja, selesaikan perselisihan yang boleh memudaratkan parti. Gunakan persidangan sebagai landasan bagi bincang dan selesai masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Kita harus sentiasa bersedia dan berusaha memastikan jentera kita terus mantap untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

Shares Share Kategori : Blog, Featured Articles