25 Januari, 2017

Pertumbuhan Berteraskan Kesaksamaan Sosial


Petang tadi saya berkesempatan bertemu dengan para penerima manfaat program bantuan sosial dan kemasyarakatan Koridor Utara Malaysia.

Salah seorang daripada mereka, ialah penoreh getah Puan Lebar Abdullah. Melalui program SuriaKu, Puan Lebar dapat menjana pendapatan tambahan sebanyak RM250 sebulan dengan menjual tenaga elektrik bersih kepada TNB yang dijana oleh panel solar yang dipasang di rumahnya.

Manakala saudara Ponvannan Murthy, seorang petani sepenuh masa, mendapat bantuan melalui latihan pra-kemahiran dengan kerjasama Yayasan Kemajuan Sosial Malaysia dalam bidang keusahawanan bagi pertanian dan kaedah fertigasi. Beliau kini berupaya meningkatkan pendapatan bulanan dari RM 3 ribu kepada RM 9 ribu.

ncia2

Suka juga saya kongsi kisah Encik Ahmad Shaupi Ismail, usahawan jeli kelapa yang mengikuti Program Pemerkasaan Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) oleh Pusat Inovasi Komuniti atau CIC. Melaluinya, Encik Shaupi kini berjaya menambah pendapatan bulanan sehingga RM3,500.

ncia 1

Alhamdulillah, kisah ketiga-tiga mereka ini, dan juga para penerima manfaat lain yang saya temui hari ini adalah bukti bahawa program sosial dan kemasyarakatan yang dikendalikan Koridor Utara berjaya membantu mereka meningkatkan pendapatan, selain juga bukti terbaik akan prinsip “Man jadda wajada”, iaitu sesiapa yang berusaha, Insya-Allah akan mendapat apa yang diusahakannya.

Shares Share Kategori : Blog, Featured Articles