25 September, 2014

PRK Pengkalan Kubor


Tahniah Ustaz Mat Razi, calon Barisan Nasional di Pengkalan Kubor, atas kemenangan dengan majoriti yang lebih besar. Insya-Allah saya akan berjumpa dengan beliau bila saya pulang ke Malaysia nanti. Saya juga telah menghubungi Tan Sri Muhyiddin dan Dato’ Sri Mustapa untuk sampaikan ucapan tahniah di atas usaha mereka dan jentera BN untuk mendapatkan kemenangan ini.

Rakan baik saya, arwah Datuk Noor Zahidi telah laksanakan tanggungjawab beliau dengan baik demi penduduk Pengkalan Kubor . Saya percaya Ustaz Mat Razi selaku ADUN baru akan turut jalankan amanah beliau dengan sebaik mungkin.

Alhamdulillah, apabila saya terima berita baik pagi ini di New York, saya rasa lebih senang hati untuk menjalankan segala urusan di sini. Malah, saya turut sampaikan berita kemenangan ini kepada pengurus-pengurus dana yang saya temui dalam sesi roundtable pagi tadi sebagai satu tanda kestabilan politik negara di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

PRK_PengkalanKubor

Shares Share Kategori : Blog, Politics