15 Oktober, 2014

Sidang Media Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO


Dalam sidang media Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang saya pengerusikan semalam, saya memaklumkan bahawa Perhimpunan Agung UMNO 2014 akan berlangsung pada 25 hingga 29 November ini. Turut ditegaskan bahawa Kerajaan memandang serius segala bentuk fahaman militan atau ekstremisme. Walaupun Malaysia tidak berada dalam risiko tinggi ancaman keganasan, namun pemantauan rapi akan dilaksanakan secara berterusan agar keamanan yang kita kecapi selama ini akan kekal terpelihara, Insya-Allah.

Sidang Media Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO

Shares Share Kategori : Blog, Politics