31 Disember, 2014

Sidang Media Perdana Menteri Di Kemaman


Dalam lawatan saya ke Kemaman hari ini, saya dapati pengurusan banjir di sini melangkaui standard yang ditetapkan, dari mesyuarat pra-banjir pada bulan April, serta perkara lain seperti tempat mendarat bagi helikopter dan beg tidur yang disediakan menunjukkan bahawa pengurusan bencana dan banjir yang berkesan.

Saya ingin mencadangkan supaya usaha seperti ini dilaksanakan di tempat- tempat lain. Banjir yang melanda untuk 3 tahun adalah kerana pertembungan 2 sungai besar, menyebabkan air naik dengan pantas. Setiap tahun lebih kurang 40,000 mangsa terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan. Ini adalah jumlah yang besar, dan kerajaan akan meneliti cara terbaik supaya banjir sebegini dapat dibendung bagi tahun-tahun yang akan datang.