31 Januari, 2017

Terima Kasih Anggota Keselamatan


Setiap musim perayaan, kita tak harus lupa kepada anggota-anggota keselamatan dan perkhidmatan awam yang tidak dapat bersama keluarga mereka demi memelihara ketenteraman negara.

Anggota Polis DiRaja Malaysia yang menjaga trafik, Angkatan Tentera Malaysia mengawal sempadan dan kedaulatan negara, malah membantu mangsa-mangsa banjir, juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang bencana bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara, para doktor dan kakitangan hospital Kerajaan serta ramai lagi.

Selain itu, penghargaan juga harus diberikan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia yang memantau dan mengawal selia perkhidmatan pengangkutan awam kita bagi mengelakkan tragedi kemalangan dan kehilangan nyawa. Operasi-operasi khas sebegini hendaklah diadakan dari semasa ke semasa dengan lebih kerap.

Selain itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta agensi berkaitan kini masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam di Sabah. Saya doakan semoga misi pencarian akan berjaya, Insyallah.

Sama-samalah kita menghargai dan berterima kasih kepada mereka semua.

(Gambar Bernama)

Shares Share Kategori : Blog, Featured Articles