17 Julai, 2018

Ulangtahun keempat tragedi MH17


Hari ini adalah hari ulangtahun keempat tragedi MH17 yang meragut nyawa 298 penumpang dan anak kapal di mana 43 daripada mereka adalah rakyat Malaysia. Kejadian MH17 ini ujian paling getir yang buat negara tetapi sebagai rakyat Malaysia, kita telah menunjukkan penyatuan kita dan kita bersama-sama menghulurkan sokongan kita kepada mereka yang kehilangan orang yang disayangi.

Sebagai salah seorang yang turut kehilangan saudara dalam kejadian itu, kami juga merasainya dalam keluarga kami.

Pada masa itu, saya telah berusaha sebaiknya menggunakan segala saluran yang ada dalam memastikan jenazah mangsa dihantar pulang segera dan mengadakan rundingan dalam mendapatkan kembali kotak hitam pesawat malang itu.

Apapun, kita tak akan lupakan jasa baik dan usaha Kolonel Mohammad Sakri dan pasukannya yang bertemu dan berunding dengan puak pemisah di kawasan paling berbahaya pada ketika seluruh dunia memerlukannya.

Mari kita panjatkan doa kita kepada semua yang terkorban. Mereka tidak akan dilupakan.

Al-Fatihah.