26 April, 2016

Ibu Bapa Menghargai Bantuan BKAP1M


alliene ongSebagai penerima inisiatif BKAP1M, ibu pelajar, Alliene Ong, menghargai usaha kerajaan untuk mengurangkan beban perbelanjaan barang-barang keperluan sekolah.

“Saya mempunyai seorang anak perempuan berusia 16 tahun pada tahun ini. Anak saya belajar dalam Tingkatan Empat dan menerima bantuan BKAP1M sejak tiga tahun lalu. Wang tunai sebanyak RM100 yang disumbangkan oleh kerajaan pada awal tahun membantu dalam persediaan pembelajarannya,” jelas beliau.

Alliene menggunakan wang RM100 daripada BKAP1M untuk membeli alat tulis anaknya. “Dengan pendapatan isi rumah bulanan yang terhad dan perbelanjaan lain yang perlu diperuntukkan, BKAP1M dapat mengurangkan sedikit tekanan kewangan pada awal tahun yang disebabkan segala perbelanjaan sekolah,” ujar Alliene.

“Walau bagaimanapun, dengan kenaikan kos barangan ketika ini, saya mencadangkan agar jumlah bantuan bagi setiap pelajar ditambah kepada RM300 setahun supaya kesan bantuan ini benar-benar dapat dirasai. Namun, bantuan yang sedikit lebih baik daripada tiada langsung, dan saya tidak tahu mana-mana negara lain yang melaksanakan inisiatif seperti ini, oleh itu saya amat bersyukur menerima bantuan BKAP1M dan berterima kasih kepada kerajaan yang menyediakan bantuan sedemikian kepada rakyat yang amat memerlukan.”

Alliene percaya bahawa langkah kerajaan dalam memberikan bantuan ini kepada rakyat, di samping inisiatif NKRA Menangani Kos Sara Hidup yang lain, menunjukkan komitmen kerajaan untuk meringankan beban yang ditanggung rakyat. “Misalnya KR1M, walaupun terletak jauh dari laluan yang biasa saya gunakan, justeru menyebabkan saya jarang membeli-belah di situ, namun konsepnya masih bagus,” jelas Alliene.

Sumber Asal: Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan 2015

Shares Share Kategori : Success Stories