26 April, 2016

Merealisasikan Impian Melalui Peluang Dan Tekad


sharol

Pada usia 27 tahun, Sharol Hafizi bin Jamaludin daripada Agro Highlands Enterprise amat berterima kasih kepada NKRA Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah atas usaha mereka dalam mengembangkan ekonomi luar bandar melalui Pertandingan Pelan Perniagaan Luar Bandar (Rural Business Challenge, RBC).

Perniagaan Sharol di Cameron Highlands tertumpu kepada penanaman strawberi dan penginapan chalet untuk agropelancongan. Sebelum memenangi RBC, Sharol hanya dapat menyediakan 8 unit bilik penginapan iaitu cukup untuk memuatkan 40 orang. “Pada masa itu, perolehan saya kira-kira RM10,000-RM15,000 sebulan. Saya hanya mampu mengupah 2-3 orang pekerja kerana ianya merupakan perniagaan berskala kecil.”

Sharol percaya bahawa beliau memenangi Pertandingan pada tahun 2013 disebabkan tiga faktor utama; takdir, projek tersebut menepati keperluan pertandingan selain sokongan daripada keluarga serta rakan.

Dengan geran RM2 juta, Sharol telah mentransformasikan perniagaannya sehingga menjadi perniagaan yang semakin meningkat naik. “Kini saya mempunyai 32 unit bilik di tengah-tengah ladang strawberi, yang mampu memuatkan sehingga 100 tetamu, lengkap dengan bilik seminar/mesyuarat dan dewan makan. Saya kini memperoleh pendapatan antara RM30,000-RM60,000 sebulan.”

Pada masa ini Sharol mempunyai 11 pekerja dan menawarkan perniagaan tetap kepada tiga usahawan. “Misalnya, dewan makan dikendalikan oleh katerer makanan luar. Saya turut menggunakan khidmat ejen jualan dalam talian dengan membayar komisen, selain khidmat pemandu pelancong luar yang disediakan untuk tetamu. Secara asasnya, terdapat kesan pengganda ekonomi dari pertambahan saiz dan keupayaan perniagaan saya.”

Sharol percaya RBC ialah platform yang baik untuk mengurangkan atau menghapuskan penghijrahan golongan muda dari luar bandar ke bandar. “Sebahagian besar penghijrahan ini disebabkan pekerjaan berpendapatan rendah/kekurangan peluang. Namun, melalui perniagaan, anda boleh memperoleh gaji yang sama seperti pekerjaan di bandar. Oleh itu, golongan muda sanggup melakukannya jika terdapat sokongan untuk perniagaan luar bandar. Mereka hanya memerlukan ruang dan peluang , yang dapat disediakan oleh RBC dan inisiatif serupa.

“Saya berterima kasih kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah atas inisiatif RBC. RBC telah mengubah kehidupan saya. Wawasan saya yang dahulunya cuma impian, kini sudah menjadi realiti. Tanpa RBC, semua pencapaian saya masih lagi merupakan impian yang belum menjadi kenyataan.”

Sumber Asal: Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan 2015

Shares Share Kategori : Success Stories