26 April, 2016

Transformasi Perniagaan Melalui Pertandingan Pelan Perniagaan Luar Bandar


SyuhainiSalah seorang peserta Pertandingan Pelan Perniagaan Luar Bandar (RBC) pada tahun 2013, Syuhaini binti Abdul Rahman, 36, menyifatkan kemenangannya dalam Pertandingan itu hasil daripada persediaan rapi yang dibuatnya sepanjang tahun, selain mematuhi syarat Pertandingan dengan teliti, iaitu membangunkan kawasan luar bandar dan membawa manfaat kepada komuniti luar bandar.

Syuhaini mengendalikan FBC Resources, sebuah kilang yang menghasilkan barangan bakeri, pai dan kek. “Sebelum memenangi RBC, perniagaan saya menjana hasil RM960,000 setahun. Saya menyewa tingkat atas sebuah rumah kedai, menggunakan mesin berskala kecil dan pembungkusan produk juga kurang menarik,” jelas beliau.

Syuhaini mendapat maklumat tentang RBC melalui Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Antarabangsa Malaysia (MAHA) 2012, dan membuat keputusan untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan tersebut. “Perniagaan saya berubah secara mendadak selepas memenangi RBC,” kata Syuhaini. Menggunakan geran RBC, beliau dapat memulakan pembinaan kilang berkeluasan 10,000 kaki persegi dan memohon HACCP dan pensijilan halal. Malah Syuhaini dapat mempertingkat operasi pengeluarannya dengan peralatan dan mesin yang bersaiz lebih besar, meningkatkan jumlah jualan dan saluran pemasaran serta mereka bentuk teknologi pembungkusan. “Hari ini, disebabkan oleh RBC, saya telah meningkatkan pendapatan kasar tahunan kepada RM1.5 juta,” ujarnya.

Menurut Syuhaini, kebanyakan usahawan luar bandar memfokuskan pengeluaran, dan kurang memberikan perhatian terhadap pemasaran atau membangunkan saluran jualan mereka. Justeru, produk mereka tidak mendapat pendedahan yang diperlukan. “Ianya sangat baik jika kerajaan dapat menyediakan sokongan strategi jualan dan pemasaran kepada perniagaan luar Bandar. Dengan cara itu, mereka dapat menumpukan kemahiran terbaik mereka dalam aspek pengeluaran,” cadangnya.

Bagi individu dalam komuniti luar bandar yang berhasrat untuk memulakan perniagaan sendiri, Syuhaini menasihatkan mereka agar mencari sumber yang terdapat di luar bandar dan menggunakannya untuk memulakan perniagaan. “Terdapat permintaan bagi produk luar bandar di pekan dan pusat bandar, jadi mereka boleh mempertimbangkan untuk menjual dan memasarkan barangan tersebut,” jelasnya.

Sumber Asal: Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan 2015

Shares Share Kategori : Success Stories