15 Mei, 2015

Ucapan Hari Guru YAB Perdana Menteri


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

dan Salam 1Malaysia.

1. Setiap tahun, kita akan menyambut hari guru pada 16hb Mei bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik kita.

2. Saya masih ingat waktu saya belajar dahulu, guru-guru saya pada ketika itu sangat berdedikasi. Walaupun mereka tegas, namun dalam ketegasan itu terselit rasa kasih dan sayang.

3. Penat lelah jerih payah para guru hanyalah kerana mereka menginginkan yang terbaik bagi kita.

4. Alhamdulillah, saya berada di mana saya berada sekarang berkat hasil didikan mereka.

5. Kini, walaupun mungkin ada perubahan dari segi kurikulum dan teknik pengajaran, tugas murni guru masih menjadi tunjang utama dalam memastikan generasi kini dan akan datang adalah insan cemerlang dan mampu meneruskan perjuangan memimpin negara.

6. Jasa guru tidak mungkin dilupakan, dan bagi diri saya sendiri serta semua rakyat Malaysia, saya ingin mengucapkan Terima Kasih Cikgu, dan Selamat Hari Guru!

Shares Share Kategori : Speeches